Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Saturday, 7 February 2015

SIMPANAN 1 BULAN 1 GRAM EMAS

Bismillahirahmanirahim...

Bila sebut tentang emas semua terbayang tentang barangan kemas yang cantik-cantik dan yang pastinya bernilai ratusan....ribuan ringgit.  Namun sebagai pendatang baru dalam pelaburan emas ni, ada sedikit info yang saya ingin sharing kan.

Saya terbaca dan mengikuti blog seorang hamba Allah ini dan apa yang saya dapati banyak info yang memang berguna dan menguntungkan diri saya yang sangat lemah dalam penyimpanan wang ringgit...saya tak faham langsung mengenai pelaburan atau simpanan emas ni jadi saya cuba untuk mendalami ilmu berkenaan emas.

saya mula membeli 4 gram emas pada bulan pertama saya memulakan penyimpanan emas saya.  Agak menarik sebab kami beli emas beramai-ramai dengan officemate dan agak bermotivasi juga sebab kami berkongsi maklumat mengenai pelaburan / simpanan emas.



MENGAPA SAYA MEMULAKAN SIMPANAN EMAS?
1.  Saya amat lemah dalam penyimpanan wang ringgit.  asal ada duit banyak ada jer yang bermain di fikiran nak beli.
2.  Nilai ringgit yang tak dijamin 10 tahun akan datang - emas 10 thn akan datang insyaAllah meningkat nilainya (sejarah membuktikan)
3.  Saya mempunyai 2 orang anak yang mana saya dan husband memikirkan cara terbaik membuat pelaburan terhadap saving akaun mereka. (dari simpan duit baik simpan emas)
3.  Minat terhadap pengumpulan emas.  kalau sebelum ni beli barangan kemas namun setelah sedar tentang susutnilai emas.  baik labur kepada emas fizikal.
4.  Ingin menambah bilangan dalam kolum aset saya.  Emas adalah aset/pelaburan.

Saya amat berharap orang lain bertindak seperti saya.  Saya bukan penjual emas tetapi saya pengemar emas / collector.

0 comments:

Post a Comment