Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Friday, 20 February 2015

BILA ANAK-ANAK BERIMAGINASI...

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...


Corakkan mereka dengan coretan yang indah kerana mereka adalah kurniaanNya yang maha hebat yang kita sebagai ibubapa pernah ada.  Ada orang kata anak-anak umpama kain putih kita lah yang mencorakkannya.  Selain daripada meminta nasihat dari ibu tersayang saya Puan Mastiah, saya mendidik anak-anak melalui pembelajaran, pembacaan dan perkongsian bersama ibu-ibu yang lain. Tiada pengalaman sebab itu setiap ibu kena belajar.  kekadang didikan dalam penjagaan anak itu hadir dalam naluri keibuan kita sendiri.
Indahnya bila bergurau bersama anak-anak, dialah permata dialah jantung.  segala-galanya adalah mereka.  Wanita bila menjadi ibu perkara pertama yang dia fikir bila mahu berbelanja adalah keperluan anak-anaknya.  Bila terfikir baju, imaginasi terus membayangkan baju anak-anak yang 
comel and cute.  Bila terfikir handbag berjenama, tiba-tiba bayangan handbag tu hilang muncul barang mainan, kasut, pakaian yang cantik-cantik untuk anak dalam fikiran.  
Segala-galanya adalah mereka....

Biar mereka berimaginasi, biar mereka menjadi arkitek dalam pembangunan pemikiran mereka, biar mereka bermain air dan lumpur, biar mereka mengejar ayam dan kambing, biar mereka menunggang basikal sendiri, biar mereka menconteng, biar mereka bercerita, biar mereka ketawa, biar mereka menjadi puteri elsa dan puteri anna, biar mereka memilih buku kegemaran mereka, biar  mereka order makanan mereka, biar mereka berbual dengan doktor gigi mereka, 
dan segala-galanya.....biar 
agar mereka belajar, agar mereka berkembang, agar mereka berfikir, agar mereka berkeyakinan, agar mereka seronok, agar mereka rasa disayangi, agar mereka rasa dihargai, agar mereka tahu erti bertanggungjawab, agar mereka cintai alam, agar mereka berkebolehan dan agar mereka tahu mereka adalah orang yang sangat bererti dalam kehidupan kita.

Seringkali kita mendengar alasan penat, tiada masa, tiada duit, sibuk kerja dan sebagainya untuk sukar meminjamkan masa kita kepada anak-anak.  Tapi sedarlah masa itu terlalu pantas bagi kita, rasa baru semalam melahirkan mereka namun kini mereka sangat petah berkata-kata.
Pantasnya masa jangan sampai kita menyesal kerana membiarkan masa kanak-kanak anak kita diabiskan bersama pengasuh (ibu part time) mereka.  Jangan sampai anak kita lebih kenal pengasuh dari ibunya sendiri.  Lebih menyayangi pengasuh dari ibunya sendiri.  Biar perasaan cemburu itu hadir sekarang dan kita sedar mereka adalah anak kita dan mereka berhak untuk gembira bersama kita, berimaginasi bersama kita dan membesar disekeliling kita.

Kekadang saya menjadi katak putera kesayangan mereka saya tak kisah, saya menjadi ahli sihir penjahat dalam cerita mereka saya tak kisah, saya menjadi kuda untuk ditunggangi mereka saya tak kisah, saya menjadi pesakit tatkala mereka menjadi doktor saya tak kisah, menjadi penjahat ditembak oleh polis dalam hidup mereka saya tak kisah, even menjadi hantu di malam-malam mereka pun saya tak kisah kerana mereka adalah kehidupan dan nyawa saya.  Tanpa mereka udara tiada bagi saya.

Anak-anak adalah kehidupan kita, kata en. suami 'saya kaya kerana ada anak-anak, mereka adalah harta saya'.  kayanya dia mempunyai harta yang tak ternilai dengan kalkulator, tak ternilai dengan kata-kata, tak ternilai dengan wang ringgit hatta emas sekalipun.  Akan tetapi nilai anak-anak dengan perasan, cinta, kasih dan sayang.

Hulur masa untuk mereka bukan sedikit tetapi masa yang banyak.  Jangan biar masa mencuri moment-moment kita bersama anak-anak kerana percayalah anak-anak adalah ubat paling mujarab dalam semua penyakit perasan dan jiwa....

sayangmiania.....

wassallam...

0 comments:

Post a Comment