Monday, 23 February 2015
MiaNia HomeBiz: SENARAI HARGA PRODUK HASIL LAUT SABAH
MiaNia HomeBiz: SENARAI HARGA PRODUK HASIL LAUT SABAH: Bismillahirahmanirahim... Senarai harga adalah termasuk kos pengangkutan / kos pos . Sekiranya berminat untuk menjadi agen jualan kami...
Sunday, 22 February 2015
SENARAI HARGA PRODUK HASIL LAUT SABAH
Bismillahirahmanirahim...
Senarai harga adalah termasuk kos pengangkutan / kos pos. Sekiranya berminat untuk menjadi agen jualan kami dan inginkan bekalan yang telah siap pakaging untuk dijual terus, hubungi kami untuk harga menarik.
HARGA BOLEH RUNDING....
Ikan Bilis Kopek
RM 32 /kg (Jualan runcit)
RM 30 /kg (5 kg keatas)
RM 28 /kg (10 kg keatas)
RM 26 /kg (50 kg keatas)
Ikan Bilis Sederhana (No.2)
RM 30 /kg (Jualan runcit)
RM 28 /kg (5 kg keatas)
RM 26 /kg (10 kg keatas)
RM 24 /kg (50 kg keatas)
Ikan Bilis Bulat Besar (No.3)
RM 28 /kg (Jualan runcit)
RM 26 /kg (5 kg keatas)
RM 24 /kg (10 kg keatas)
RM 22 /kg (50 kg keatas)
Udang Kering Gred A
RM 55 /kg (Jualan runcit)
Udang Kering Gred B
RM 45 /kg (Jualan runcit)
Keropok Ikan Nipis (Ikan Lumi)
RM 45 /kg (Jualan runcit)
Keropok Amplang
RM 45 /kg
RM 25/ 500gram
HARGA ADALAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN / POS.
Udang Kering Gred A
RM 55 /kg (Jualan runcit)
Udang Kering Gred B
RM 45 /kg (Jualan runcit)
Keropok Ikan Nipis (Ikan Lumi)
RM 45 /kg (Jualan runcit)
Keropok Amplang
RM 45 /kg
RM 25/ 500gram
HARGA ADALAH TERMASUK KOS PENGHANTARAN / POS.
Labels:
PRODUK HASIL LAUT SABAH
Makan with d'familia
Bismillahirahmannirahim...
Restoran api-api - steamboat & grill, Melaka...
Restoran api-api - steamboat & grill, Melaka...
Sempena CNY's holiday d'familia ada makan-makan kat sini. Time CNY pun status d'familia "Kami ada dimana-manna"....hehe...Suasana kat sini kalau makan untuk family memang terbaeekkk. Layan diri, buffet, masak sendiri...haha...amik la makan apa pun, makan sampai kenyang, makan sampai puas hati...sangat seronok, anak-anak pun lagi seronok, itu yang penting.
Menu memang terbaek semua ada, nama pun steamboat. Sebenarnya amat jarang makan ala-ala steamboat ngn grill ni...almaklumlah selera kampung tu amat menebal. Tapi malam tu memang layan....
Price memang berpatutan sebab konsep buffet dengan bayaran RM25 / pax memang berbaloi pada saya tapi kalau makan berdua macam tak seronok tapi pegi makan beramai-ramai baru besttt. Orang kata lagi ramai lagi meriah.
Pengunjung yang datang memang ramai, kalau agak-agak takut tak ada tempat duduk boleh tempah before datang restoran ni. Nak nombor telefon...google jer..haha. By da way, sangat suka dengan tagline restoran ni "everyday is buffet".
Share lokasi ye....i google...found this...
Boleh suggest kat kawan-kawan yang suka jalan-jalan cari makan.
sangat suka bila status d'familia
-Kami ada dimana-mana-
sayangmiania
wassalam..
Labels:
JALAN2 #KAMI ADA DIMANA2
Friday, 20 February 2015
.....WISHLIST......
Bismillahirahmannirahim...
Bercerita mengenai title arini "wishlist".....perkataan ni selalu terjumpa bila shopping online, mesti ada button "wishlist"...hehe really love this button actually....
yang mana "wishlist" bermaksud dalam bahasa melayu "senarai yang dihajati", dalam bahasa kasar "berangan nak beli"
Ok...we'r not going to talk about "wishlist" dalam konsep button di website tapi "wishlist" dalam konteks kehidupan kita. Kebiasaannya perkataan ni wujud bila tahun baru muncul, azam baru la kononya.. Sekarang fleksibel lagi ke azam baru ni?? persoalan kekadang ada jawapan... p tak ada salah dan betul, means, jawablah dengan ayat macamana pun tetap betul...
"wishlist" ni kekadang wujud berkonsepkan masa setahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan bertahun-tahun pun boleh.
Contoh: wishlist 5 tahun dari sekarang (2015-2020)
1. Settle kan semua hutang-piutang.
2. Saving account ada RM50K.
3. Anak-anak fasih berbahasa English.
4. Anak-anak boleh mengaji Al-Quran dengan lancar.
5. Ada rumah kedua. (rumah pertama da ada)
Means, pada tahun 2020 mudah-mudahan, yakin boleh semua yang dihajati tu dapat dicapai.
InsyaAllah....
kekadang wujud dalam tempoh yang singkat.
Contoh: wishlist gaji bulan mac 2015.
1. Beli handbag.
2. Bayar roadtax.
3. Daftar anak masuk kelas music.
maknanya, macam ala-ala things to do jugak laaa...
Kekadang terfikir pernah tak kita tulis apa yang kita hajati dalam kehidupan kita. Rugi kan kalau kita tergolong dalam wanita/ orang yang tiada arah atau hajat. wake up moms....kita kena ada 'wishlist' dalam kehidupan kita so nampak dengan jelas apa yang kita inginkan. Jangan fikir dan simpan dalam otak 'wishlist anda p coretkan dalam buku dan pandang selalu 'wishlist' tu sebagai motivasi untuk mencapainya.
kekadang 'wishlist' ni tak melibatkan duit pun semata-mata akan tetapi mungkin masa, fizikal kita, ilmu pengetahuan, persekitaran dan apa yang ada disekeliling kita. contohnya...
'wishlist' tahun 2015.
1. Belajar memasak asam pedas yang super duper sedap.
2. Anak berumur 2 tahun boleh membaca dan mengira dan mengenal huruf dan nombor.
3. sentiasa berfikiran positif.
Tujuan 'wishlist' ni adalah menanamkan matlamat dalam diri kita, selain mengingatkan kita apa arah tujuan kita tak kira lah sehari, sebulan, setahun atau lagi 5 tahun.
Hidup kena ada matlamat....wujudkan 'wishlist',
hidup kena ada arah tujuan....tuliskan 'wishlist'...
hidup kena ada pencapaian....berusaha capai 'wishlist'....
InsyaAllah....ada matlamat...ada initiatif...ada usaha...akan tercapai apa yang dihajati.
sayangmiania..
wassallam
Labels:
MOTIVASI & ILMU PERNIAGAAN
BILA ANAK-ANAK BERIMAGINASI...
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...
Corakkan mereka dengan coretan yang indah kerana mereka adalah kurniaanNya yang maha hebat yang kita sebagai ibubapa pernah ada. Ada orang kata anak-anak umpama kain putih kita lah yang mencorakkannya. Selain daripada meminta nasihat dari ibu tersayang saya Puan Mastiah, saya mendidik anak-anak melalui pembelajaran, pembacaan dan perkongsian bersama ibu-ibu yang lain. Tiada pengalaman sebab itu setiap ibu kena belajar. kekadang didikan dalam penjagaan anak itu hadir dalam naluri keibuan kita sendiri.
Indahnya bila bergurau bersama anak-anak, dialah permata dialah jantung. segala-galanya adalah mereka. Wanita bila menjadi ibu perkara pertama yang dia fikir bila mahu berbelanja adalah keperluan anak-anaknya. Bila terfikir baju, imaginasi terus membayangkan baju anak-anak yang
comel and cute. Bila terfikir handbag berjenama, tiba-tiba bayangan handbag tu hilang muncul barang mainan, kasut, pakaian yang cantik-cantik untuk anak dalam fikiran.
Segala-galanya adalah mereka....
Biar mereka berimaginasi, biar mereka menjadi arkitek dalam pembangunan pemikiran mereka, biar mereka bermain air dan lumpur, biar mereka mengejar ayam dan kambing, biar mereka menunggang basikal sendiri, biar mereka menconteng, biar mereka bercerita, biar mereka ketawa, biar mereka menjadi puteri elsa dan puteri anna, biar mereka memilih buku kegemaran mereka, biar mereka order makanan mereka, biar mereka berbual dengan doktor gigi mereka,
dan segala-galanya.....biar
agar mereka belajar, agar mereka berkembang, agar mereka berfikir, agar mereka berkeyakinan, agar mereka seronok, agar mereka rasa disayangi, agar mereka rasa dihargai, agar mereka tahu erti bertanggungjawab, agar mereka cintai alam, agar mereka berkebolehan dan agar mereka tahu mereka adalah orang yang sangat bererti dalam kehidupan kita.
Seringkali kita mendengar alasan penat, tiada masa, tiada duit, sibuk kerja dan sebagainya untuk sukar meminjamkan masa kita kepada anak-anak. Tapi sedarlah masa itu terlalu pantas bagi kita, rasa baru semalam melahirkan mereka namun kini mereka sangat petah berkata-kata.
Pantasnya masa jangan sampai kita menyesal kerana membiarkan masa kanak-kanak anak kita diabiskan bersama pengasuh (ibu part time) mereka. Jangan sampai anak kita lebih kenal pengasuh dari ibunya sendiri. Lebih menyayangi pengasuh dari ibunya sendiri. Biar perasaan cemburu itu hadir sekarang dan kita sedar mereka adalah anak kita dan mereka berhak untuk gembira bersama kita, berimaginasi bersama kita dan membesar disekeliling kita.
Kekadang saya menjadi katak putera kesayangan mereka saya tak kisah, saya menjadi ahli sihir penjahat dalam cerita mereka saya tak kisah, saya menjadi kuda untuk ditunggangi mereka saya tak kisah, saya menjadi pesakit tatkala mereka menjadi doktor saya tak kisah, menjadi penjahat ditembak oleh polis dalam hidup mereka saya tak kisah, even menjadi hantu di malam-malam mereka pun saya tak kisah kerana mereka adalah kehidupan dan nyawa saya. Tanpa mereka udara tiada bagi saya.
Anak-anak adalah kehidupan kita, kata en. suami 'saya kaya kerana ada anak-anak, mereka adalah harta saya'. kayanya dia mempunyai harta yang tak ternilai dengan kalkulator, tak ternilai dengan kata-kata, tak ternilai dengan wang ringgit hatta emas sekalipun. Akan tetapi nilai anak-anak dengan perasan, cinta, kasih dan sayang.
Hulur masa untuk mereka bukan sedikit tetapi masa yang banyak. Jangan biar masa mencuri moment-moment kita bersama anak-anak kerana percayalah anak-anak adalah ubat paling mujarab dalam semua penyakit perasan dan jiwa....
sayangmiania.....
wassallam...
Labels:
PARENTING
Sunday, 8 February 2015
MiaNia HomeBiz: PACKAGE @PANTAI RANGBULAN...
MiaNia HomeBiz: PACKAGE @PANTAI RANGBULAN...: PAKAGE PANTAI RANGBULAN Find this signboard... view +Pantai Rangbulan Kota Belud Photo Corner...
PRODUK HASIL LAUT SABAH
Bismillahirahmanirahim....
MiaNia Homebiz www.facebook.com/mianiahomebiz
merupakan pembekal produk hasil laut sabah seperti:-
1. Ikan Masin
2. Ikan Bilis
3. Ikan Keropok Nipis (Ikan Lumi)
5. Keropok Amplang.
Kami menjual produk tersebut secara terus kepada anda ataupun melalui online www.facebook.com/mianiahomebiz
Kami juga menawarkan harga berpatutan kepada yang membeli secara borong mahupun membeli secara runcit. Kepada pelanggan tetap kami visit www.facebook.com/mianiahomebiz untuk update harga pasaran terbaru.
Kepada yang berminat menjadi agen kami, kami menyediakan harga yang terbaik untuk anda. Kami juga menawarkan perniagaan secara consignment dimana sesiapa yang mempunyai kedai runcit yang ingin menjual produk kami sila hubungi pihak kami, penghantaran terus ke kedai anda (daerah muar dan daerah segamat).
visit page: www.facebook.com/mianiahomebiz
h/p: 017-7727086 (sms and WhatsApp)
Labels:
PRODUK HASIL LAUT SABAH
Saturday, 7 February 2015
SIMPANAN 1 BULAN 1 GRAM EMAS
Bismillahirahmanirahim...
Bila sebut tentang emas semua terbayang tentang barangan kemas yang cantik-cantik dan yang pastinya bernilai ratusan....ribuan ringgit. Namun sebagai pendatang baru dalam pelaburan emas ni, ada sedikit info yang saya ingin sharing kan.
Bila sebut tentang emas semua terbayang tentang barangan kemas yang cantik-cantik dan yang pastinya bernilai ratusan....ribuan ringgit. Namun sebagai pendatang baru dalam pelaburan emas ni, ada sedikit info yang saya ingin sharing kan.
Saya terbaca dan mengikuti blog seorang hamba Allah ini dan apa yang saya dapati banyak info yang memang berguna dan menguntungkan diri saya yang sangat lemah dalam penyimpanan wang ringgit...saya tak faham langsung mengenai pelaburan atau simpanan emas ni jadi saya cuba untuk mendalami ilmu berkenaan emas.
saya mula membeli 4 gram emas pada bulan pertama saya memulakan penyimpanan emas saya. Agak menarik sebab kami beli emas beramai-ramai dengan officemate dan agak bermotivasi juga sebab kami berkongsi maklumat mengenai pelaburan / simpanan emas.
MENGAPA SAYA MEMULAKAN SIMPANAN EMAS?
1. Saya amat lemah dalam penyimpanan wang ringgit. asal ada duit banyak ada jer yang bermain di fikiran nak beli.
2. Nilai ringgit yang tak dijamin 10 tahun akan datang - emas 10 thn akan datang insyaAllah meningkat nilainya (sejarah membuktikan)
3. Saya mempunyai 2 orang anak yang mana saya dan husband memikirkan cara terbaik membuat pelaburan terhadap saving akaun mereka. (dari simpan duit baik simpan emas)
3. Minat terhadap pengumpulan emas. kalau sebelum ni beli barangan kemas namun setelah sedar tentang susutnilai emas. baik labur kepada emas fizikal.
4. Ingin menambah bilangan dalam kolum aset saya. Emas adalah aset/pelaburan.
Saya amat berharap orang lain bertindak seperti saya. Saya bukan penjual emas tetapi saya pengemar emas / collector.
Labels:
MOTIVASI & ILMU PERNIAGAAN
Tuesday, 3 February 2015
Sunday, 1 February 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)

















