Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Sunday, 29 March 2015

Genting Highland..

Bismillahirahmanirahim....

Actually status JALAN2 kali ni da lama da tapi baru ada kesempatan nak sharing...hehehe..
Time pergi tak tahu pun masa tu Genting under contruction so d'familia main-main and jalan-jalan shopping je la kt puncak tu..
First time bagi mia and nia naik Genting, seronok katanya macam kat London....mmm terfikir jap mia pernah g London ke...haha bila tanya katanya pernah p dalam mimpi...
ok fine mia da pandai melawak...haha cute rasa.

Si adik nia macam biasa keaktifannya di luar kawalan nasib baik pergi beramai-ramai so adalah yang sudi membantu buat kawalan rapi terhadap adik nia...haha nampak sangat sukar dikawal...
nia...nia...


kitorang naik ke puncak dengan memandu tak naik cable car pun..pic atas saja nak tunjuk kat mia and nia rupa bentuk cable car tu...biar berkembang dan berhubung neuron-neuron otak mereka dan berfikir camana cable car tu berfungsi...hahaha..
so baru tengok cable car dorang da excited belum ke puncak lagi...anak-anak happy so macam nak teruskan journey ke puncak genting tu bersemangat pulak.


Time ke Genting tu cuti Christmas 2014 kira percutian penghujung tahun d'familia la so nampak la pokok krismas (mia bagi nama) ngn olaf (orang salji) di mana-mana asal jumpa benda tu je dua beradik tu paksa snap gambar...haha comel...
maka bermula lah episod maknye kena panggil kakak dengan nama elsa, adik dengan nama anna...
huh...olaf punya pasal cerita frozen muncul kat genting...haha..


Memandangkan time tu outdoor games under construction so kitorang layan games yang indoor jerk...tetap happy!! sambil sambil shopping yang termampu coz price memang mahal especially makanan...OMG sangat mahal.
Advised if nak pegi sana beli makanan dan minuman dari bawah kalau tak macam tak berbaloi minum setin minuman...


Sepanjang berada kat sana yang happy sangat baby bertiga ni (up)....shopping pun barang dorg bertiga jerk....anak-anak....
Memang seronok bila hujung tahun...perkara yang akan berlaku adalah percutian...huhu hujung tahun ni agak-agak lokasi kemana pulak.
Tungguuuu.....

Wassalam..

Sygmiania..




Sunday, 22 March 2015

My kakak mia pesakit atopic eczema.

Bismillahirrahmannirahim......

Mia Azza Irtiyah....anak sulung saya yang menghidap penyakit atopic eczema sejak berumur 2 bulan lagi.  Tak tergambar dengan kata-kata sedih di hati mengenangkan anak yang comel itu merasa tidak selesa sepanjang masa disebabkan oleh kulit yang meradang dan gatal.  Tiada pengalaman sebagai ibu pada ketika itu mia dirujuk ke hospital pakar bahagian kulit dan mendapat rawatan berkala sejak berumur 6 bulan sehinggalah rasa putus asa untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan kerana tiada kesan yang positif terhadap rawatan yang dijalankan.


Mia menghidap eczema pada seluruh anggota badan termasuk lah bahagian kepala.  Menjaga mia sangat memerlukan kesabaran dan sentiasa tabah dalam menghadapi hari-hari bersama mia.  Tetap bersyukur kerana mia walaupun sakit namun membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain.  Tetap bersyukur mia tak seteruk mana dibandingkan kanak-kanak yang menghidap penyakit yang lagi kronik.
Mia perlukan penjagaan yang khusus seperti memakai baju yang serap peluh, tidak terdedah kepada cuaca yang panas, jauh dari kawasan yang berhabuk, penjagaan makanan adalah perkara yang paling penting..mia alergic kepada kekacang dan seafood.....
salah makan memang akan jadi worse eczema mia.



Perkara yang paling penting dalam menjaga kanak-kanak eczema adalah kena tahu anak alergic kepada apa sama ada persekitaran, pemakanan mahupun ubat-ubatan/produk penjagaan diri.
Belajar dari pengalaman saya tak tahu mia alergic kepada sesuatu sehinggalah mengalami keadaan dan situasi yang berlakunya perubahan pada kulit mia jika mia terdedah dengan perkara penyebab kepada alergic nya.
Pernah suatu ketika my auntie bagi mia makan udang kerana dia tak tahu pun mia alergic.  Hampir 2 minggu kulit mia macam melecur + ada sedikit nanah + demam...mmmmm Tuhan je tahu perasaan ketika itu..

Mia eczema bukan sepanjang masa, kekadang 1 bulan dia ok pastu 2 minggu radang kulitnya timbul macam tu la seterusnya.  Mia suka sangat makan masa tu sebab tu kalau tengok pic dulu-dulu dia comel and chubby sangat.  Mia suka sangat bermain tapi kena awasi jangan biarkan dia berada di kawasan yang agak panas.  peluh sikit mengaru...berpeluh sikit mengaru so apa yang saya buat, mia berpeluh je lap peluh dia dengan towel cotton yang bersih.


Walau seteruk mana pun kulit mia time tu, saya dan suami tak pernah memandang mia sebagai kanak-kanak yang sakit.  Kami bebas membawa mia shopping, bermain di taman permainan, tengok movie kegemaran mia, makan di luar, berjalan-jalan ketempat kesukaan mia.
walaupun kekadang orang sekeliling ada yang memandang jijik dan pelik terhadap mia, maybe sebab kulit mia yang macam melecur kami tetap tak kisah.
kekadang ada jugak makcik-makcik yang mulut celupar membuat pelbagai statement dan pertanyaan yang agak menyakitkan hati...ayat lebih kurang camni laa..
"eh...takut berjangkit la....adik jauh sikit dari budak tu.."
"kenapa biarkan anak camtu tak bawak berubat ke"
"macam kena dera kan"
"eeee kesiannya ble bawa maut tak"

Huhuhu....nasib baik bukan en. suami yang dengar kalau tak dah kena sound time tu jugak..
Tapi tak semua orang memandang mia macam tu ada yang bersimpati, ada yang bagi nasihat, ada yang sharing coz anak mempunyai penyakit yang sama.
Walau apapun orang kata pasal mia...dia tetap jantung dan nafas saya dan suami.







To all mommies...anak itu adalah anugerah terhebat yang kita pernah ada...sakit yang mereka hadapi itu hanyalah bunga-bunga dugaan yang Allah bagi terhadap kita agar kita terus tabah menjaga dan menyayangi mereka.
Eczema boleh diubati....mia kini berumur 4 tahun lebih dan Alhamdulillah eczema yang dihadapinya hilang hanya tinggal maybe 15% eczemanya.  itu pun timbul bila mia tersalah makan atau faktor cuaca....
Alhamdulillah....kesyukuran kupanjat padaNya....




Wassalam...





Tuesday, 17 March 2015

Apakah itu ATOPIC ECZEMA

Atopic Ekzema

Atopic Ekzema
Apakah itu Atopic Eczema/Dermatitis?
Terdapat ramai penghidap penyakit kulit Atopic Eczema Pesakitakan merasa gatal disebabkan oleh proses inflamasi pada kulit yang kronik dan berulang-ulang. Ruam-ruam merah yang gatal (kadang-kadang timbul gelembung-gelembung kecil berisi air pada kulit bayi) akan menjadi semakin tebal apabila digaru berulang kali. Atopic Eczema juga di gelar Atopic Dermatitis. Penyakit kulit ini sering di kaitkan dengan penyakit alahan lain pada seseorang individu atau ahli keluarga yang mempunyai kecenderungan transmisi secara genetik. Penyakit-penyakit tersebut adalah asma (lelah), resdung (allergic rhinitis), konjuktivitis atau alahan kepada debunga. Ia bukanlah sejenis penyakit berjangkit; seseorang tidak akan mendapat Atopic Eczema dengan menyentuh kulit kanak-kanak atau orang dewasa yang menghidapi penyakit tersebut.
Bagaimanakah rupa Atopic Eczema?
Atopic Eczema biasanya bermula ketika seseorang itu masih bayi atau kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana ia bermula apabila seseorang itu sudah dewasa. Penyakit kulit ini melibatkan kedua-dua jantina. Semasa bayi, bahagian kulit yang kerap terlibat adalah kawasan muka, lengan dan kaki. Bagi kanak-kanak pula, kawasan lipatan badan seperti lipatan lengan, belakang lutut dan leher sering terlibat. Penyakit ini, juga boleh melibatkan pergelangan tangan, tapak tangan, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bagi pesakit dewasa, penyakit ini juga kebiasannya melibatkan lipatan badan. Namun, hampir keseluruhan kulit boleh terlibat termasuk kawasan sekeliling bibir dan mata. Satu ciri utama Atopic Eczema adalah kegatalan yang amat teruk. Perpeluhan atau penggunaan pakaian yang di perbuat daripada bulu boleh menyebabkan gatal dan ruam-ruam merah yang lebih teruk. Ciri khas yang lain adalah kulit yang kering dan dialami oleh 98% pesakit Atopic Eczema.
Apa yang menyebabkan Atopic Eczema?
Punca Atopic Eczema masih belum di ketahui sepenuhnya. Ia dipercayai terjadi akibat tindakbalas faktor persekitaran dan genetik. Perubahan dalam sistem ketahanan tubuh juga dipercayai memainkan peranan dalam menyebabkan penyakit ini. Fungsi kulit sebagai pelindung terjejas dan menyebabkan kekeringan disamping terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus. Terdapat perlbagai faktor termasuk alahan, jangkitan, perubahan emosi, iklim dan pengaruh persekitaran lain yang turut menyumbang kepada punca penyakit Atopic Eczema.
Adakah saya mempunyai alergi/alahan?
Alahan sistem pernafasan sering dikaitkan dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap Atopic Eczema. Kebiasaannya faktor-faktor penyebab utama adalah hama, debunga, bulu binatang dan kulat. Sehingga 40% bayi dan kanak-kanak dengan ekzema yang sederhana teruk dan teruk mengalami alergi makanan. Makanan yang paling kerap menyebabkan alergi adalah susu lembu, telur, kacang tanah, soya dan gandum. Walau bagaimanapun, kebiasaannya alahan kepada susu lembu dan telur akan hilang dengan sendirinya apabila umur kanak-kanak ini meningkat. Alergi terhadap kacang tanah dan kekacang dari pokok, ikan dan makanan laut bercengkerang sering berlarutan sehingga dewasa. Alahan makanan jarang sekali bermula apabila seseorang sudah dewasa. Ujian saringan yang boleh dilakukan untuk alahan makanan termasuklah ujian “skin prick test”dan ujian darah seperti lgE (imunoglobin E) yang spesifik seperti RAST Test(radioallergosorbent test). Keputusan ujian haruslah ditafsirkan oleh pakar kulit yang berpengalaman.
Bolehkah Atopic Eczema sembuh?
Sehingga kini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan Atopic Eczema.  Walau bagaimanapun, keadaan kulit dapat dirawat dan dikawal dengan penjagaan kulit yang baik dan penggunaan ubat-ubatan yang sesuai. Secara umumnya, keadaan ekzema akan menjadi semakin baik apabila umur kanak-kanak semakin meningkat. Namun begitu, bagi sesetengah pesakit, ekzema masih berulang-ulang sehingga dewasa. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 40% dari pesakit yang menghidapi Atopic Eczemasemasa kanak-kanak akan mengalami penyakit secara berterusan atau berulang semula apabila dewasa.
Bagaimanakah cara menjaga kulit?
Berikut adalah saranan penting cara-cara penjagaan kulit pesakit yang menghidapi Atopic Eczema :
  1. Jangan menggaru,menggosok dan mengopek kulit. Perbuatan seperti ini akan menyebabkan ekzema semakin teruk dan boleh mengakibatkan luka, perubahan warna kulit menjadi tompok-tompok kehitaman atau putih atau meninggalkan parut.Pastikan kuku anda pendek dan bersih.
  2. Elakkan penggunaan sabun mandi, bahan kimia atau sabun pencuci pakaian yang terlalu kuat atau boleh menghakis kulit. Sabun mandi yang bersesuaian adalah sabun yang lembut dan tidak mengeringkan kulit atau sabun alternative yang mengandungi pelembap. Penggunaan “bubble bath”, garam mandian (bathing salts) atau minyak wangi boleh mennyebabkan inflamasi lebih teruk dan haruslah di elakkan.
  3. Berenang di kolam renang yang mempunyai air yang di campur klorin dibenarkan tetapi pesakit digalakkan untuk menggunakan pelembap sebaik sahaja selepas mandi.
  4. Rajin-rajinlah menyapu krim atau ointment pelembap kulit. Pelembap tidak akan menyebabkan kulit nipis dan ia harus digunakan dengan kerap. Waktu terbaik untuk menggunakan pelembap adalah selepas mandi.
  5. Pakaian-pakaian yang diperbuat daripada bulu (wool) dan linen boleh menyebabkan kulit lebih gatal. Penggunaan pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas adalah lebih selesa untuk kulit pesakit Atopic Eczema.
  6. Ketika berada di persekitaran yang kering atau sejuk, adalah amat penting untuk menggunakan pelembap untuk mencegah inflamasi kulit dari menjadi lebih teruk.
  7. Gunakan syampu rambut yang lembut untuk penjagaan kulit kepala.
  8. Tenangkan fikiran dan elakkan tekanan emosi.
Apakah jeinis-jenis rawatan yang sedia ada?
Rawatan konvensional termasuklah penggunaan krim pelembap dengan kerap dan elakkan penggunaan bahan-bahan yang akan menyebabkan iritasi pada kulit. Krim atauointment yang mengandungi ‘corticosteroid’/steroid merupakan rawatan utama. Di antara rawatan-rawatan lain yang digunakan untuk merawat Atopic Eczema termasuklah penggunaan krim yang mengandungi ‘calcineurin inhibitors’ (seperti Protopic® atau Elidel®), rawatan sinaran ultraungu, antibiotic, ‘antihistamine’ dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan ‘immunosuppressant’. Rawatan-rawatan ini hanya digunakan dalam kes-kes tertentu, bergantung kepada penyakit dan respon pesakit terhadap rawatan sedia ada.
Rawatan yang paling kerap digunakan untuk merawat ekzema adalah krim pelembap dan penggunaan krim atau ointment yang mengandungi steroid. Ubat sapu yang mengandungi steroid amat berkesan untuk mengurangkan inflamasi kulit. Ubat ini selamat jika digunakan dengan cara yang betul. Di antara kesan sampingan akibat penggunaan steroid adalah kulit yang nipis atau skin atrophy. Namun, komplikasi ini hanya akan berlaku jika pesakit menggunakan ubat sapu yang mengandungi steroid berpotensi tinggi secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Doktor anda akan menunjukkan cara penggunaan ubat sapu yang mengandungi steroid dengan betul. Di antara ubat yang perlu dimakan untuk merawat Atopic Eczema adalah antibiotik dan hanya digunakan apabila kulit dijangkiti kuman. Ubat antihistamine pula digunakan untuk mengurangkan rasa gatal.
Adakah ubat tradisional atau rawatan alternative berkesan?
Analisa yang telah dijalankan ke atas krim-krim herba yang di gunakan oleh pesakit menunjukkan bahawa sebahagian besar krim-krim jenis ini mengandungi steroid yang berpotensi tinggi. Jika tidak digunakan dengan betul, krim herba begini juga akan mendatangkan kesan sampingan. Ubat-ubat tradisional Cina didapati berkesan hanya dalam 2 buah kajian perubatan untuk merawat Atopic Eczema. Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini didapati boleh menyebabkan kembung perut dan sakit kepala. Pil-pil tambahan atau supplement seperti ‘evening primrose’ juga telah di kaji tetapi tiada bukti menunjukkan ia boleh memberi manafaat tambahan untuk merawat penyakit ini. Rawatan hipnosis (Hipnoterapi) dan terapi urut juga didapati boleh membantu merawat penghidapAtopic Eczema tetapi tidak disyorkan sebagai rawatan utama. Rawatan lain yang kerap diperkatakan termasuk mandian garam dan air berion (ionized water), namun sehingga kini belum ada bukti keberkesanannya.
Kulit saya menjadi semakin teruk apabila terkena habuk. Bolehkah saya sembuh dari alahan hama?
Untuk mengelakkan dari terdedah kepada hama seratus peratus bukanlah mudah. Hama berada di mana-mana sahaja termasuklah di dalam habuk yang terdapat pada cadar, bantal, pakaian, mainan (soft toys), sofa dan karpet. Langkah-langkah yang mudah tetapi berkesan untuk mengurangkan hama adalah seperti berikut :
  1. Tukar cadar dan sarung bantal setiap minggu. Rendam dalam air panas melebihi 60oC selama setengah jam sebelum dicuci. Cadar dan sarung bantal kemudiannya perlu disidai di bawah pancaran cahaya matahari sehingga kering.
  2. Jemur dan bersihkan tilam anda dengan menggunakan hampagas (vacuum cleaner) sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  3. Jangan menyimpan mainan-mainan yang berbulu (soft toys).
  4. Elak dari menggunakan langsir yang berat dan tebal yang mudah memerangkap habuk dan susah dicuci.
  5. Gunakan almari bertutup untuk menyimpan pakaian atau buku-buku untuk mengurangkan pengumpulan habuk.
  6. Elakkan penggunaan penyapu atau feather duster.Penyapu sebegini akan menyebabkan habuk berterbangan. Gunakan kain lap yang lembap untuk membersihkan permukaan yang berdebu.
  7. Elakkan daripada menggunakan karpet di rumah.
  8. Jika boleh, elakkan dari memelihara binatang.
  9. Jika menggunakan penghawa dingin, ia harus dibersihkan dari masa ke semasa.
Semakan Akhir:20 Julai 2011
Penulis:Dr. Tang Min Moon


Monday, 9 March 2015

MYBLOG....MYPAGE IS MYMONEY....

Bismillahirahmanirahim.....

Rasa cam tak kena jek tajuk arini....hehe myblog www.mianiahomebiz.blogspot.com,


are my money....



Kenapa semua adalah duit saya sebab soalan senang jawapan pun mudah sangat...
sebab helaian page dalam web tu  la membantu saya menjana pendapatan,
melalui blog dan page juga lah pelanggan reached perniagaan saya...
melalui semua tu jugaklah pelanggan membeli produk saya...
melalui semua tu jugaklah customer masukkan duit dalam akaun saya...
alhamdulillah...
walaupun ada turun naik perniagaan....walaupun ada masa cerah dan suram kekadang dalam perniagaan ni kena ada semangat dan minat...kena ada keinginan yang kuat...
kena ada usaha yang gigih...kena ada persaingan yang sihat...kena gembira dengan apa yang dilakukan... kena sentiasa bersyukur...dan bersedekah walau dalam bentuk apa sekalipun...

Page www.facebook.com/Pantairangbulan merupakan page yang banyak memarketkan perniagaan
travel biz kami....walaupun berkonsepkan rekreasi ala-ala kampung dan kekeluargaan namun customer tak pernah putus-putus mengunjugi kami..alhamdulillah sejak 2 tahun yang lepas diusahakan kami boleh berbangga kerana Pantai Rangbulan merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi di daerah Kota Belud, Sabah.

Pakej yang kami tawarkan di Pantai Rangbulan adalah pakej yang sangat dibawa kemampuan...hehe
Pantai Rangbulan adalah privately owned, tiada sewa tapak perniagaan kerana tanah adalah milik sendiri jadi bak kata bapa saya en. Lalim Kandiyong...."untung sikit tak apa, janji keluarga yang datang dan anak-anaknya gembira"... "jangan kedekut kalau orang tak mampu nak sewa chalet kurangkan kepada harga yang dia mampu, kita tak rugi...customer pun tak lari...dapat pahala lagi...."mmmm....hanya tersenyum bila dia berkata begitu...

bila saya menjalankan apa jua jenis perniagaan konsep en. bapa jugak la yang saya pegang...untung tak seberapa tetapi saya gembira melakukannya kerana saya berniaga saya tak mengejar keuntungan semata-mata tetapi kegembiraan orang yang membeli produk saya.









Page www.facebook.com/mianiahomebiz merupakan page kami yang memasarkan produk hasil laut sabah seperti ikan masin, ikan bilis, keropok ikan, udang kering, keropok amplang dan banyak lagi produk dari sabah negeri dibawa bayu....



Ikan bilis

Keropok ikan nipis

Amplang

Alhamdulillah permintaan sentiasa ada walaupun tak banyak tetapi rezeki tetap tak putus...
Syukur alhamdulillah dengan rezekiMu Ya Allah....

wassalam...