Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
Wednesday, 23 April 2014

Cuti Setahun Tanpa Gaji.....Berkerja....Jaga Anak...

Selepas melahirkan anak kedua namely Nia Azza Irdina, saya mengambil keputusan utk mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak selepas bersalin.   Agak sukar kerana banyak perkara yang harus di ambil kira. Saya mula bercuti dalam masa yang sama membantu en. suami menjalankan perniagaan harian...visit www.facebook.com/Pantairangbulan Kota Belud, Sabah.  kami menjalankan perniagaan restoran dan perniagaan inap desa di samping aktiviti pantai dan laut.  Seronoknya apabila saya berkerja dalam masa yang sama anak2 ada di depan mata.
Perkembangan anak2 yang dijaga sendiri amat berbeza.  Dalam semua segi penjagaan terlaksana dengan baik.  Anak kedua saya Mia Azza Irtiyah, pengidap atopic Ezima sejenis penyakit kulit dan alahan dapat saya jaga dengan baik dan alhamdulillah beransur pulih.  Mia allergic kepada makanan (kacang & seafood) dan cuaca panas.  Menjalankan perniagaan sendiri dan dalam masa yang sama melihat dua orang puteri membesar amat mengujakan dan menyeronokan. Apa yang saya ingin kongsikan kepada ibu-ibu yang berkerjaya diluar sana, apapun yang kita hendak lakukan kena berani dan mencuba apa jua bidang yang kita minat dan inginkan...membataskan pemikiran adalah ciri2 ibu yang negatif.  saya amat berminat dengan benda2 yang meningkatkan motivasi diri saya.  sekiranya perkara2 positif sentiasa berada di sekeliling kita InsyaAllah apa yang kita rancang dan fikir akan menjadi kenyataan. Amin...